Proses Penghantaran Dari Singapura Ke Malaysia
Proses penghantaran kereta ke Malaysia akan menggunakan khidmat ejen yang telah dilantik di Singapura.Proses ini hanya mengambil masa sehari sahaja terus ke bandaraya Johor Bahru.
Seterusnya segala proses custom clearance, PUSPAKOM, JPJ dan sebagainya yang mengambil masa lebih kurang 14 hari.Keseluruhan proses bermula dari proses beli, permohonan AP, shipping, clearance, pembayaran cukai Kastam, JPJ & Puspakom, geran baru Malaysia, Road tax & Insuran boleh memakan masa sehingga 22 hari.